Pages

Wednesday 19 October 2011

Allah sentiasa mendengar doa kita.......

aku tak pernah putus asa untuk terus berdoa dan berdoa....harapanku agar suatu waktu aku akan kembali bertugas seperti mula aku ditempatkan....bukan aku tidak menerima perubahan dalam hidup tapi...ahhh, terlalu sukar untuk aku menyatakan...namun begitu aku sedar Tuhan sebenarnya memberikan aku peluang dan aku juga sedar Dia menduga keimananku...rasa puas tercatat jua sebenarnya dalam hati...puas kerana diri mampu menempuh segala cabaran...suka..duka..manis..paht..semuanya sudah ditelan...dan yg lebih puas adalah....tanggungjawab tetap tanggungjawab dan setebal mana hati memberontak untuk kembali ke tempat asal namun setebal itu jua kekuatan untuk terus memikul amanah yg dipertanggungjawabkan dan dilaksanakan jua sedaya yang mampu...tidak sekalu pun aku melalaikan amanah yg diberikan kerana aku sedar jika aku melalaikan aku sebenarnya menggagalkan visi dan misi majikan yang telah aku perakukan dalan akujanji perkhidmatan..oleh kerana itu..suka atau tidak aku kena akur perintah...meskipun begitu pernah satu ketika...tiba satu tahap...demi maruah anak buah...aku perjuangkan segalanya kerana kebenaran tetap dipertahankan dan jangan diri diperlekehkan....berdiri atas keberanian dan keyakinan bahawa kita berada di trek' yang betul....
walau kini aku akan kembali ketempat asal namun aku juga masih yakin
dan pasti...cabaran tetap jua akan dihadapi..namun ianya dalam situasi yang berbeza...inilah kehidupan..memang cabaran dan dugaan itu tidak pernah lepas dalam hidup semua anak Adam di dunia ini...
hari ini...esok atau lusa...aku sentiasa bersedia...kekuatanku adalah padaMu ya Allah..aku yakin Engkau sentiasa bersamaku...

semakam......hari ini dan esok adalah sejarah hidupku.......